Saturday, May 21, 2011

Cerita singkat dari para Malaikat

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Para malaikat silih berganti (dalam bertugas mengawal manusia), ada malaikat di malam hari dan malaikat di siang hari, mereka berhimpun di waktu salat Subuh dan salat 'Asr, kemudian naik ke langit oleh malaikat yang mengawal di waktu malam. Maka Allah bertanya mereka, sedang Allah lebih mengetahui: Bagaimana kamu tinggal hamba hambaKu? Mereka menjawab: Kami tinggalkan mereka dalam hal mereka sedang melakukan salat (yakni salat Subuh) dan Kami datang kepada mereka dalam hal mereka sedang melakukan salat (yakni salat 'Asr)."

Mengenai pertanyaan para malaikat dalam majlis zikir, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesungguhnya bagi Allah beberapa malaikat, mereka bertebaran mencari cari orang yang berzikir pada Allah. Apabila mereka bertemu dengan suatu kaum yang berzikirkan Allah, mereka menyeru: Marilah kepada hajat kamu. Maka para malaikat pun mengelilingi majlis itu dengan sayap mereka hingga kepada langit di dunia. Kemudian Allah bertanya malaikat pada hal Allah lebih mengetahui:
Apakah hamba hambaKu berkata? Jawab Malaikat: Mereka mengucap tasbih, tahmid dan takbir.
Tuhan bertanya: Adakah mereka melihat Aku?
Jawab malaikat: Wallah, mereka tidak meiihatMu.
Tuhan bertanya: Bagaimana kalau mereka melihat Aku?
Jawab malaikat: Kalau mereka melihatMu tentulah mereka bertambah banyak beribadah dan bersungguh sungguh memujiMu dan banyak bertasbih kepada Mu.
Tuhan bertanya: Apakah mereka meminta dari Ku?
Jawab malaikat: Mereka meminta syurga dari Mu.
Tuhan bertanya: Apakah mereka melihat syurga?
Jawab malaikat: Tidak, Wallahi mereka tidak melihatnya.
Tuhan bertanya: Bagaimana jika mereka melihat syurga?
Jawab malaikat: Jika mereka melihat syurga tentulah mereka bertambah tamak dan meminta dengan penuh gembira
Tuhan bertanya: Dari apakah mereka meminta perlindungan?
Jawab malaikat: Dari api neraka.
Tuhan bertanya: Adakah mereka nampak neraka?
Jawab malaikat: Tidak, Wallahi mereka tidak nampak neraka.
Tuhan bertanya: Bagaimana kalau mereka nampak neraka?
Jawab malaikat: Jika mereka nampak neraka nescaya mereka bertambah usaha melarikan diri dan bertambah takut kepadanya.

Tuhan berfirman: Aku bersaksi di hadapan kamu bahawa Aku telah ampunkan dosa mereka. SaIah seorang dari malaikat berkata: Di antara mereka ada seorang yang bukan dari golongan mereka, ia datang hanya kerana suatu hajat. Jawab Tuhan: Mereka semua adalah sekumpulan, tidak celaka siapa yang bersama sama dengan mereka." (Bukhari, Muslim)

Dalam memberi galakan kepada penuntut penuntut ilmu (ahli ahli ilmu) Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Tidak ada seorang yang keluar dari rumahnya kerana menuntut ilmu pengetahuan melainkan para malaikat merendahkan sayap untuknya reda dengan apa yang ia buat." (At Tarmidhi, Ibn Majah, Ibn Hubban, al Hakim)

Selain dari itu, maka di sana ada lagi tugas para malaikat yang kesannya sangat besar dalam meluruskan hidup hamba dan mengawal mereka dari melakukan kejahatan, sebagaimana penerangan Allah bahawa para malaikat ditugaskan untuk muraqabah amalan amalan hamba dan mencatatnya setelah dihitungnya.

Firman Allah yang mafhumnya:

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan Kami mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya. Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. Ketika dua orang malaikat mencatit amalannya, seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di sebelah kiri. Tiada suatu ucapan yang diucapkan melainkan ada didekatnya malaikat pengawal yang selaiu hadir." (Qaf. 16-18)

No comments:

Post a Comment